Tuesday, February 8, 2011

jangan buta sejarah

Segalanya bermula di Genoa, Italy.

     1884 Rinaldo Piaggio, 20 tahun memulakan perniagaan dengan menjual spare part untuk kapal-kapal mewah, bas mewah, badan trak, enjin-enjin disamping perkhidmatan keretapi.
Rinaldo Piaggo

     Selepas berkhirnya Perang Dunia Pertama, Piaggio menceburi bidang baru iaitu pembuatan kapal terbang dan kapal terbang laut. 1917 Piaggio membeli sebuah syarikat di Pisa, Italy dan empat tahun berikutnya mengambil alih sebuah syarikat kecil di Pontedera di Tuscany salah sebuah daerah di Italy. Syarikat di Pontedera di jadikan pusat terbaru bagi 'aeronautical production' khusus dalam pembuatan kipas, enjin dan kapal terbang.

     Ketika Perang Dunia Kedua, Syarikat di Pontedera memhasilkan ciptaan hebat P 108 kapal terbang empat enjin. Namun, ciptaan terbabit musnah akibat serangan bom ketika peperangan terbabit.


     Anak lelaki Rinaldo Piaggio, Enrico Piaggio, dikelilingi VespasPiaggio membebaskan Piaggio dari konflik di Pontedera yang musnah akibat peperangan. Enrico yang mengambil alih perniagaan dari bapanya memilih untuk fokus dalam perniagaan kenderaan pengguna kerana melihat pada keadaan logistik kawasan dan ekonomi semasa negara Italy.

Corradino D' Ascanio
     Corradino D' Ascanio sarjana dalam bidang aeronautical enjin mereka cipta, membuat dan menghasilkan helikopter moden yang pertama. D' Ascanio menghasilkan ciptaan yang ringkas, kukuh, dan ekonomi heli yang juga selesa dan elegent. 
    
     D' Ascanio pada ketika itu tidak berminat dengan reka cipta motosikal dan mengimpikan revolusi pada motosikal baru. D' Ascanio mahu sebuat motosikal diperbuat dari keluli yang kukuh dan berbentuk. Beliau mengilhamkan bahagian motosikal yang berbentuk bulat seakan-akan bentuk helikopter dan hasilnya tercipta sebuah design motosikal yang kekal diminati hingga kini.

     Melihat saja kenderaan yang di reka D' Ascanio, Enrico Piaggio mengelarkannya 'Sembra una Vespa!' yang bermaksud 'Ia seperti satu sengatan', selesa dan tidak bising dan ianya benar. Keluli hadapan yang berbentuk frame cantik menghalang penunggangnya dari kotoran jalan raya dan sisa. Ianya menjadikan vespa di dalam kelasnya tersendiri dan diminati hingga kini.

     Di akhir abad 1949, 35,000 unit vespa telah di keluarkan dan ianya menjadi suatu sensasi baru di Italy. Dalam tempoh 10 tahun, sebanyak 1 milion unit telah di keluarkan. Dan di pertengahan abad 50-an, Vespa telah di keluarkan di German, Britain, Perancis, Spanyol dan Itali.

     Vespa generasi pertama menawarkan kemudahan kepada pembelinya. Pada zaman 60-an dan 70-an, vespa menjadi simpol revolusi idea buktinya pada kempen pengiklanan seperti “He Who Vespas, eats the apple” dan film seperti Quadrophenia yang menjadi simbol suatu era dalam sejarah.

     Vespa terus hidup dari satu generasi ke satu generasi dan berubah sejajar dengan masa dan Piaggio terus menjadi pelopor vespa selepas 120 tahun.